Location

Korea | Malaysia

Call Us

+60 4513 3439

Email Us

info@emerix.co.kr

PKAYIPP, Emerix Malaysia jalin kerjasama tingkat kebajikan anak-anak yatim


GEORGE TOWN
– Persekutuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Pulau Pinang (PKAYIPP) dan syarikat berpangkalan di Korea Selatan, Emerix Malaysia Sdn. Bhd. akan menjalinkan kerjasama untuk meningkatkan kebajikan anak-anak yatim di negeri ini.

Yang Dipertua PKAYIPP, Mohd. Yusoff Latiff berkata kerjasama yang terjalin di antara kedua pihak adalah menrusi pemberian sumbangan yang diperlukan oleh pihak persatuan dalam menjaga kebajikan anak-anak yatim.

“Sumbangan berupa mesin basuh dan duit raya ini merupakan inisiatif derma pertama daripada Emerix Malaysia kepada Wisma Yatim di Pulau Pinang.

William Lee (kiri) bersama Mohd. Yusoff Latiff (kanan) memberikan duit raya kepada anak – anak yatim.

“Ia adalah satu usaha murni yang boleh dianggap sebagai amal jariah dan sangat bermakna buat seluruh warga PKAYIPP.

“Pada kesempatan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak syarikat atas sumbangan yang disalurkan,” katanya semasa berucap pada program pemberian sumbangan kepada rumah anak-anak yatim dekat sini pada 7 Mac lalu.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Emerix Malaysia Sdn. Bhd., William Lee dan wakil syarikat berkaitan.

Sementara itu, William Lee berkata bahawa yang diberikan adalah sebagai tanda keprihatinan syarikat itu terhadap kebajikan anak-anak yatim selaras dengan slogan “Menghulur Harapan, Kecapi Kebahagiaan”.

“Kami sentiasa komited untuk terus menyantuni dan memberi perhatian kepada anak-anak yatim agar mereka tidak berasa terpinggir.

“Pada masa sama, kami berharap agar anak-anak yatim ini terus berjaya pada masa hadapan dan menjadi insan yang cemerlang,” katanya.

William Lee berkata, syarikat tersebut juga merancang untuk menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan PKAYIPP pada masa akan datang.

“MoU ini adalah bagi membolehkan sebahagian daripada keuntungan syarikat disalurkan kembali menerusi PKAYIPP untuk membantu ganak-anak yatim sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihak kami.

“Selain itu, ia juga bertujuan memastikan sokongan berterusan daripada pihak syarikat kepada anak-anak yatim, bukan sahaja dalam bentuk kewangan tetapi juga dari aspek lain yang boleh membantu meningkatkan taraf kehidupan mereka,” katanya.

Oleh : NUR BATRISYIA IDRUS
Gambar : LAW SUUN TING

Sumber : https://www.buletinmutiara.com/pkayipp-emerix-malaysia-jalin-kerjasama-tingkat-kebajikan-anak-anak-yatim/

Share This :

Recent News

Have Any Question?

Reach out to Emerix today for expert support and detailed information about our products and services. 

Scroll to Top

Third Party Agreement

Based on the Personal Information Protection Act Article 17, EMERIX MALAYSIA SDN BHD, Ltd. seeks your consent to provide your personal information to a third party within the necessary scope for business operations as follows:

1. Recipient of Personal Information: EMERIX MALAYSIA SDN BHD

2. Purpose of Use of Personal Information by the Recipient: Providing product information

3. Items of Personal Information Provided: Name, phone number

4. Right to Refuse Consent: You have the right to refuse to provide your personal information as described above. Please note that if you refuse to consent, there may be restrictions on using customer consultation services.